The Red Devils bersetuju bayar RM426 juta untuk Sergej
Jose Mourinho sudah mengenalpasti kebocoran dan kelekaan jentera tengah sejak awal musim ini.

ENGLAND – Manchester United dilaporkan sudah mengemukakan tawaran £57 juta (RM302.5juta) untuk bintang pertahanan Inter Milan, Milan Skriniar sebagai usaha mengukuhkan bek pertahanan menjelang musim hadapan.

Laporan di Itali berkata pemain itu merupakan sasaran utama Pengurus The Red Devils Jose Mourinho.

Sebelum ini kelab England itu berhasrat membeli Toby Alderweireld tetapi nilai yang dituntut Tottenham Hotspurs untuk pemain itu memaksa United memilih Skriniar sebagai alternatif.

Namun misi itu dianggap sukar berbanding pemain Spurs kerana Milan sudah menegaskan ia tidak berhasrat melepaskan pemain itu pada apa jua nilai sekali pun dari kelab lain.

Aksi pemain antarabangsa Slovakia berusia 23 tahun itu meletakkannya sebagai antara pemain pertahanan muda hangat di pasaran Eropah.

Setakat ini belum ada kepastian sama ada man United akan kembali semula memujuk Milan dengan tawaran lebih lumayan untuk khidmat Skriniar.

Spurs pula menuntut £75 juta (RM398 juta) untuk Alderweireld jika Manchester United serius untuk khidmat pemain Belgium itu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast