Granit Xhaka
Granit Xhaka meraikan gol yang dijaringkannya pada minit ke-52 ketika bertemu Serbia.

KALININGRAD, Rusia – Jaringan Xherdan Shaqiri pada minit terakhir perlawanan membolehkan Switzerland bangkit daripada ketinggalan bagi membolehkannya mengatasi Serbia 2-1 pada
perlawanan Kumpulan E awal pagi tadi.

Switzerland menyamakan kedudukan menerusi Granit Xhaka pada minit ke-52 apabila percubaan Shaqiri yang dihalang menuju ke arah Xhaka lalu merembat kencang bagi menyamakan kedudukan 1-1, lapor express.uk.

Serbia mendahului dengan membuka jaringan seawal minit kelima menerusi tandukan Aleksandar Mitrovic.

Percubaan Shaqiri yang mengenai palang gol tidak lama selepas gol penyamaan itu akhirnya menemui sasaran apabila pemain itu menyempurnakan serangan balas bagi menewaskan penjaga gol, Vladmir Stojkovic.

Pemain Serbia berang apabila mereka tidak diberikan sepakan penalti setelah Mitrovic diasak Stephen Lechsteiner dan Fabian Schar pada minit ke-66.

Keputusan tersebut membolehkan Switzerland melonjak ke kedudukan kedua kumpulan, mengumpul 4 mata daripada dua perlawanan, sama dengan Brazil.

Serbia yang berada di tanga ketiga mengumpul 3 mata manakala Costa Rica yang berada di tangga tercorot gagal mengutip sebarang mata tersingkir daripada kejohanan bola sepak Piala Dinua selepas tewas 0-2 di tangan Brazil
pada perlawanan terdahulu.

Perlawanan terakhir menyaksikan Serbia menentang Brazil manakala Switzerland akan berhadapan Costa Rica.

Pemain sayap Stoke, Shaqiri dan pemain tengah Arsenal, Xhaka antara pemain Switzerland yang mempunyai hubungan dengan Kosovo yang mengisytiharkan merdeka daripada Serbia 10 tahun lalu.

Pada perlawanan awal paghi tadi, Valon Berrami cergas untuk
diturunkan selepas berjalan terhinjut-hinjut keluar padang ketika Switzerlang seri 1-1 dengan Brazil.

Serbia memulakan permaian dengan baik apabila percubaan Mitrovic diselamatkan penjaga gol manakala Switzerland turut melakukan serangan lima minit kemudian namun sepakan Blerim Dzemali tersasar dengan Serbia beberapa kali terlepas peluang
menjaringkan gol pada separuh masa pertama.

Switzerlang yang dianggap bernasib baik kerana ketinggalan satu gol menyamakan kedudukan pada awal separuh masa kedua.

Enam minit selepas tandukan Mitrovic tersasar, rembatan Shaqiri melantun ke arah Xhaka yang merembat melepasi Stojkovic.

Shaqiri hampir meletakkan pasukannya di hadapan apabila tendangan kaki kiri pemain itu menyaksikan bola melencong di bucu kanan gol.

Mitroviv selepas itu seakan akan tidak percaya apabila pengadil, Felix Brych tindak mengambil sebarangan tindakan berikutan pergelutan dengan Lichtsteiner dan Schar.

Malah nasib malang Mitrovic berterusan pada akhir perlawanan apabila Switzerland menjaringkan gol kemenangan. – Agensi