KUALA LUMPUR – Keputusan pemilihan sayap UMNO yang terdiri daripada peringkat Bahagian, Wanita, Puteri dan Pemuda hanya akan dapat diumumkan secara rasmi pada 5 petang hari ini.
Sepatutnya semua keputusan diumumkan semalam.
Penangguhan itu dibuat ekoran masih terdapat kawasan yang masih bermesyuarat dan sedang mengira undi.
Negeri yang belum selesai bermesyuarat ialah, satu bahagian di Perlis yang masih belum selesai bermesyuarat dan mengira undi, Kedah (6), Perak (6), Selangor (6), Wilayah Persekutuan (10), Negeri Sembilan (4), Melaka (2), Johor (1), Pahang (6), Terengganu (2), Kelantan (6), Kedah (6) dan Sabah (6).
“Ketika ini masih ada lagi bahagian yang tengah bermesyuarat.
“Sehubungan dengan itu keputusan muktamad hanya diketahui esok petang. Pukul 5 petang. Kita akan buat sidang media.
“Apa jua keputusan yang keluar di media sosial, itu bukan keputusan rasmi,” katanya pada sidang media di PWTC lewat malam ini.
Selain itu, beliau juga memberitahu setakat 12.30 malam ini, hanya 45 peratus sahaja bahagian yang sudah menghantar borang keputusan.
“Kita masih menunggu (dari bahagian lain) dan pejabat beroperasi sehingga esok,” katanya lagi.
Pemilihan sayap UMNO diadakan hari ini sementara pemilihan jawatan-jawatan tinggi Umno akan diadakan 30 Jun. – MalaysiaGazette