BCMY yang diasakan oleh Datuk Azrainuddin Zainal dan Datin Nur Ezdiani Baharoddin akan memperkenalkan mata wang digital baharu di pasaran.
BCMY yang diasakan oleh Datuk Azrainuddin Zainal dan Datin Nur Ezdiani Baharoddin akan memperkenalkan mata wang digital baharu di pasaran.

KUALA LUMPUR – Syarikat perintis teknologi Blockchain di Malaysia, BCMY Pte. Ltd. (BCMY) bakal memperkenalkan mata wang digital baharu dikenali sebagai DDKoin (DDK) pada awal bulan depan.

Pengasasnya, Datuk Azrainuddin Zainal berkata, apa yang membanggakan DDK ialah mata wang kripto (cryptocurrency) yang dibangunkan itu merupakan hasil cetusan idea dan teknologi rakyat tempatan.

Jelas beliau, pengenalan DDK itu akan membolehkan ia menjadi produk pilihan baharu yang lebih berdaya saing de­ngan mata wang digital lain di pasaran dunia.

“DDK akan disenaraikan di coinmarketcap iaitu sebuah platform yang meletakkan barisan pelbagai mata wang digital di seluruh dunia.

“Seperti pergerakan mata wang lain, pelabur boleh melihat pergerakan harganya setiap masa dan promosi ke atas DDK telah dijalankan sejak beberapa bulan lalu,” katanya kepada MalaysiaGazette baru-baru ini.

Azrainuddin dan Nur Ezdiani Baharoddin yakin DDKoin mampu berdaya saing dengan mata wang digital lain di pasaran dunia.
Azrainuddin (kanan) dan Nur Ezdiani Baharoddin yakin DDKoin mampu berdaya saing dengan mata wang digital lain di pasaran dunia.

Beliau mengasaskan DDK bersama isterinya, Datin Nur Ezdiani Baharoddin yang mana sebelum ini BCMY telah membangunkan aplikasi Blockchains.My mendapat perhatian negara luar.

BCMY telah terlibat dalam teknologi blockchain sejak tahun 2014 dan ketika itu beroperasi di Hong Kong dan Singapura.

Dalam pada itu, Azrainuddin menambah, DDK akan dilancarkan pada 1 Julai ini dengan kajian dan pemba­ngunan serta proses ujian telah dijalankan dengan mendalam sebelum ini.

Katanya beliau, lebih daripada 200,000 pengguna dari 10 negara menyedari mengenai pengenalan DDK itu.

“Maklum balas yang diterima terhadap mata wang digital baharu itu begitu menggalakkan.

“Blockchain merupakan teknologi internet untuk masa depan dan di dalam era terkini­nya, para pengguna boleh ber­urusan dan menjalankan transaksi dalam apa juga nilai termasuk wang dan harta intelek­tual antara sesama pengguna.

“Ia juga mampu menyediakan platform paling utuh untuk menjalankan perdagangan antarabangsa, kerana blokchain mempunyai potensi untuk mewujudkan rangka kerja di mana pembekal dapat berhubung terus dengan pembeli secara selamat.

Azrainuddin turut mengakui, mata wang Bitcoin yang turut dikenali sebagai emas digital itu sehingga kini masih lagi menduduki kedudukan teratas dalam coinmarketcap dengan mewakili pasaran modal terbesar di dunia.

Sementara itu itu, Nur Ezdiani memberitahu, pihaknya telah membuat satu laporan lengkap mengenai teknologi Blockchain yang di­terajuinya di pasaran tempatan sejak dua tahun untuk diserahkan kepada kerajaan dalam masa terdekat.

Menurutnya, makluman tersebut adalah perlu untuk memperincikan segala aktiviti dan program yang dijalankan oleh syarikat tersebut bagi memboleh­kan ia disumbangkan semula untuk manfaat masyarakat. – MalaysiaGazette