SINGAPURA – Harga minyak mentah Brent susut lebih 2 peratus pada awal dagangan hari ini berikutan para pedagang percaya OPEC akan meningkatkan pengeluaran minyak mentah pada mesyuarat yang berlangsung di Vienna Jumaat ini.

Niaga hadapan minyak mentah Brent, penanda aras antarabangsa untuk harga minyak, berada pada AS$73.90 setong pada 0035 GMT, turun 2.2 peratus berbanding harga penutup akhir.

Manakala niaga hadapan mentah West Texas Intermediate (WTI) diniagakan pada AS$68.36 setong, turun 0.3 peratus, disokong oleh penurunan sedikit dalam aktiviti pengerudian di Amerika Syarikat.

OPEC dan rakan-rakan bukan OPEC termasuk Rusia sejak tahun 2017 telah mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.8 juta tong sehari dalam usaha mengawal pasaran untuk menaikkan harga minyak. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast