erdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menguji pandu Proton SUV yang masih belum dilancarkan. Sumber: FB Chedet Official
Dr. Mahathir Mohamad menguji pandu Proton SUV yang masih belum dilancarkan. Sumber: FB Chedet Official

KUALA LUMPUR- Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan wakil DRB-Hicom dan Kumpulan Geely di pejabatnya dekat sini Jumaat lalu.

Menurut posting di laman sosial rasmi beliau, pertemuan tersebut adalah untuk membincangkan hala tuju Proton yang mana 50.1 peratus kepentingannya dimiliki oleh konglomerat tempatan, DRB-Hicom manakala baki 49.9 peratus lagi dimiliki syarikat China, Kumpulan Geely.

Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan wakil DRB-Hicom dan Kumpulan Geely di pejabatnya pada Jumaat lalu. Sumber: FB Chedet Official
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan wakil DRB-Hicom dan Kumpulan Geely di pejabatnya pada Jumaat lalu.
Sumber: FB Chedet Official

Dr. Mahathir juga diberi peluang memandu sendiri model terbaharu Proton selepas pengambilan alih tersebut yang juga merupakan model SUV pertama syarikat berkenaan.

Model tersebut masih belum dilancarkan.

Proton adalah ilham Dr. Mahathir semasa menjawat jawatan perdana menteri keempat dan ia projek kereta nasional pertama Malaysia yang telah menghasilkan pelbagai model dan berada di bawah pemilikan kerajaan sebelum dijual kepada DRB-Hicom milik tokoh korporat, Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary pada 2012.

erdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menguji pandu Proton SUV yang masih belum dilancarkan. Sumber: FB Chedet Official
Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad menguji pandu Proton SUV yang masih belum dilancarkan.
Sumber: FB Chedet Official

Dalam urusniaga tersebut, DRB-Hicom telah mengambil alih 42.7 peratus kepentingan Proton daripada sayap pelaburan kerajaan, Khazanah Nasional Bhd. pada harga RM5.50 sesaham dan dalam masa yang sama melancarkan tawaran pengambilan alih kesemua baki saham syarikat tersebut menjadikan nilai keseluruhan Proton adalah RM3.02 bilion.

Proton kemudiannya dinyahsenarai dari Bursa Malaysia dan dalam masa sama rakan kongsi strategik dicari bagi memulihkan semula kedudukan kewangan syarikat tersebut.

Pada Mei tahun lepas pencarian rakan kongsi asing syarikat kereta nasional itu berakhir apabila memilih Geely yang juga pemilik Volvo Car Corporation dan The London Taxi Company dengan melupuskan sejumlah 547 juta saham atau 49.9 peratus kepentingan kepada syarikat China itu pada harga RM460.3 juta. – MalaysiaGazette