MESIR – Dua peluru berpandu Israel telah dibedil di sekitar lapangan terbang antarabangsa Damsyik pada pagi ini, menurut agensi berita kerajaan Syria (SANA).

Pegawai Hak Asasi Manusia berkata, sistem pertahanan udara Syria gagal memintas peluru berpandu.

Pemantau perang yang berpangkalan di Britain pula berkata, beliau dengar bunyi letupan pada pukul 1 pagi berhampiran lapangan terbang.

Peluru berpandu itu dilepaskan oleh pesawat Israel dari arah Golan Heights.

Iran adalah sekutu kuat Presiden Syria, Bashar al-Assad yang disokong oleh beberapa kumpulan pemberontak termasuk Hezbollah dari Lebanon.

Israel, khuatir kehadiran Iran yang semakin meningkat di Syria akan mengancam keselamatannya.

“Kami tidak boleh memberi ulasan mengenai laporan asing, kata seorang jurucakap tentera Israel apabila ditanya mengenai bedilan tersebut. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast