Ng Kian Seng dan isterinya, Lee Sai Kiow di kedai bakeri milik mereka di Bedok. foto The New Paper

SINGAPURA – Seorang lelaki berusia 73 tahun meninggal dunia selepas terjatuh ke dalam mesin pembuat doh di kedai bakerinya di Bedok.

Kejadian itu berlaku semasa mangsa, Ng Kian Seng sedang menyediakan pes kacang merah.

Mangsa adalah pemilik Ng Kian Seng Confectionery.

Para pekerja yang terhidu benda terbakar dari mesin pembuat doh yang terletak di tingkat dua bangunan bakeri itu terkejut mendapat Ng berada dalam mesin berkenaan.

Ng mati ditempat kejadian.

Seorang pekerja memberitahu, tidak ada orang lain bersama mangsa semasa kejadian berlaku.

Tetapi bau kuat yang datang dari mesin berkenaan menyebabkan pekerja bergegas ke tingkat dua yang menempatkan mesin berkenaan.

“Kami terkejut kerana tidak menyangka Ng mati akibat kejadian itu,” kata pekerjanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast