PLKN
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Pelaksanaan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Kumpulan 3 siri 15/2018 ditangguhkan kerajaan berkuatkuasa serta merta.

Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan penangguhan tersebut.

Bahagian Komunikasi Korporat JLKN Kementerian Pertahanan berkata, penangguhan itu dilaksanakan sehingga pemakluman terbaharu mengenainya dikeluarkan kelak.

Katanya, penangguhan itu dilakukan kerana buat masa sekarang, jumlah pengambilan pelatih PLKN bagi tahun 2018 telah melebihi sasaran pengambilan yang ditetapkan iaitu 20,022 orang.

Sehubungan itu kata JLKN, semua bakal pelatih kumpulan 3 siri 15/2018 yang telah menerima Notis Pemberitahuan Pelatih (NPP) pada tarikh yang ditetapkan sebelum ini tidak perlu menghadirkan diri ke PLKN.

Malah jabatan itu juga menegaskan ia tidak akan mengeluarkan surat oemakluman mengenai penangguhan bagi NPP ini.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast