TERKINI : Projek Solar, Seorang Lagi Direman – SPRM

Seorang lagi pengarah sebuah syarikat yang berpengkalan di Bintulu direman lima hari untuk membantu siasatan kes penyelewengan pemberian kontrak projek hibrid solar kepada 369 sekolah pedalaman di Sarawak.

Majistret Shah Wira Abdul Halim mengeluarkan perintah reman terhadap suspek berusia 39 tahun itu bermula hari ini hingga 3 Julai ini untuk memberi ruang kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menjalankan siasatan kes tersebut.

Suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Putrajaya dengan berpakaian lokap dan tangan bergari tepat pukul 9.20 pagi tadi dengan diringi tiga pegawai SPRM.

Semalam, suspek ditahan SPRM kira-kira pukul 7.45 malam selepas hadir untuk memberi keterangan sebagai membantu siasatan SPRM berhubung projek membekal dan memasang panel tenaga solar kepada 369 sekolah melibatkan kos sebanyak RM1.25 bilion.