Isu perkahwinan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun yang ditularkan beberapa hari lalu perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah untuk siasatan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
Isu perkahwinan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun yang ditularkan beberapa hari lalu perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah untuk siasatan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.
KOTA BHARU – Isu perkahwinan seorang lelaki berusia 41 tahun dengan seorang kanak-kanak perempuan 11 tahun yang ditularkan beberapa hari lalu perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah untuk siasatan, kata Mufti Kelantan Datuk Mohamad Shukri Mohamad.

Beliau berkata tidak mudah untuk mengatakan perkahwinan itu sah ataupun tidak kerana mungkin wujud manipulasi dan ia perlu dirujuk kepada Mahkamah Syariah untuk siasatan.

“Dalam soal ini kanak-kanak perempuan itu wajib berwalikan bapanya sendiri dan tidak boleh berwali hakim malah perlu ada kaedah-kaedah yang tertentu kerana ia turut melibatkan kes berpoligami,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Mohamad Shukri berkata isunya adalah bagi menjaga ketenteraman dan kebajikan kanak-kanak berkenaan dan Mahkamah Syariah bertanggungjawab menjaga kemaslahatan (kebaikan) kanak-kanak itu yang merupakan isteri ketiga kepada lelaki yang bekerja sebagai peraih getah sekerap.

Ditanya sama ada isu tersebut akan menjejaskan pandangan orang bukan Islam terhadap Islam, Mohamad Shukri berkata penjelasan perlu dilakukan supaya tidak timbul pandangan yang negatif.

“Imej Islam perlu dijaga walaupun kita sebenarnya tidak mengharapkan persetujuan pihak orang bukan Islam dalam isu ini. Kalau ada pandangan negatif itu terserahlah kepada mereka kerana ini sebenarnya isu terpencil.

“Bagi saya dalam kes ini bukannya Islam yang salah tetapi tindakan orang Islam itu sendiri yang tidak betul. Islam sudah ada peraturannya sendiri yang perlu dipatuhi,” katanya.

Sebelum ini, beberapa keping gambar menunjukkan seorang lelaki melangsungkan perkahwinan dengan seorang budak perempuan berusia 11 tahun sebagai isteri ketiganya, tular di media sosial sejak Jumaat lepas selepas perkara itu dikongsikan oleh isteri kedua lelaki terbabit.

Berikutan penularan berita itu, pengguna laman sosial daripada pelbagai lapisan masyarakat mengkritik tindakan lelaki terbabit yang berasal dari Gua Musang dan berpendapat ia tidak sepatutnya berlaku.

— BERNAMA