Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa berkahwin dengan lelaki berumur 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan di Thailand, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.
Kerajaan akan menyiasat secara menyeluruh berhubung isu budak perempuan berusia 11 tahun yang didakwa berkahwin dengan lelaki berumur 41 tahun dari Gua Musang, Kelantan di Thailand, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

GUA MUSANG – Bapa kepada kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang berkahwin dengan lelaki 41 tahun, menafikan terhutang budi sehingga terpaksa mengahwinkan anaknya di bawah umur.

Madroseh Romadsa, 49, yang dari Thailand menegaskan tidak pernah berhutang dengan menantu, Che Abdul Karim Che Hamid walaupun telah mengenalinya 20 tahun.

“Kenapa saya perlu menjual anak sekiranya berhutang? Lebih baik saya lari ke Thailand sekiranya betul saya mahu lari dari hutang.

“Saya terkilan bila ada tuduhan begitu kerana mereka berkahwin atas dasar suka sama suka. Tiada paksaan ataupun agenda lain,” katanya dipetik sebagai berkata.

Sehubungan itu dakwaan mengatakan dia sanggup ‘menjual’ anak kerana hutang disifatkan sebagai tidak berasas.

Tambahnya, persetujuan untuk menerim lamaran dibuat apabila menantunya sebelum ini menyatakan kesungguhan untuk memperisterikan anaknya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast