Gambar hiasan. foto Agensi

CAPE TOWN – Seorang wanita Afrika Selatan semakin pulih di hospital selepas ditemui hidup di peti sejuk bilik mayat.

Wanita itu dibawa ke bilik mayat Carletonville, di wilayah Gauteng, selepas disahkan mati oleh paramedik akibat kemalangan jalan raya.

Syarikat ambulans, Distress Alert berkata, mangsa menunjukkan “isyarat hidup,” akibat kemalangan tersebut, lapor TimesLive.

Tetapi kakitangan bilik mayat yang membuat pemeriksaan mendapati wanita tersebut masih bernafas.

Seorang pegawai hospital mengesahkan wanita itu kini dirawat di sebuah hospital di timur Johannesburg selepas dirujuk oleh pegawai forensik.

Bagaimanapun, nama wanita itu tidak didedahkan.

“Keluarga tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan kecuali polis, paramedik dan rumah mayat. Kami juga perlukan jawapan,” kata ahli keluarga wanita berkenaan yang masih terkejut dengan situasi itu.

Pengurus Operasi Distress Alert, Gerrit Bradnick pula berkata, tidak ada bukti kecuaian oleh syarikatnya kerana paramediknya adalah terlatih.

Bradnick berkata, wanita itu merupakan salah satu mangsa yang terlibat dalam kemalangan jalan raya pada 24 Jun lalu.

Kemalangan itu menyebabkan dua maut. – MalaysiaGazette