Pelabur asing menjual sejumlah AS$704.3 juta ekuiti minggu lalu berbanding AS$705.4 juta pada minggu sebelumnya. - MIDF Research

KUALA LUMPUR – Pelabur asing menjual sejumlah AS$704.3 juta ekuiti minggu lalu berbanding AS$705.4 juta pada minggu sebelumnya.

Pelupusan saham oleh pelabur asing berterusan untuk minggu ke-10 berturut-turut – satu tempoh paling lama yang pernah direkodkan selepas selama 20 minggu yang pernah berlaku dari Mei hingga September tahun 2015.

MIDF Research berkata, pelabur asing adalah penjual bersih setiap hari dalam tempoh seminggu itu.

Menurutnya, jualan bersih asing dari hari Isnin hingga Khamis antara RM45 juta hingga AS$100 juta.

Dalam tempoh jualan sederhana ini, aliran keluar harian tertinggi sebanyak AS$100.4 juta berlaku pada hari Selasa, bersamaan dengan paras penutup terendah FBM KLCI kepada 1,680 mata dalam tempoh yang sama.

Aliran keluar pelabur asing meningkat pada hari Jumaat kepada RM393.6 juta, tertinggi dalam tempoh sehari sejak 21 Jun 2018.

Firma penyelidikan itu berkata, aliran keluar kumulatif setakat Jumaat lalu adalah sebanyak RM7.53 bilion, kira-kira 75 peratus daripada jumlah kemasukan pelabur asing yang bernilai RM10.33 bilion.

Meskipun begitu, Malaysia berada pada kedudukan kedua terendah dalam aliran keluar pasaran ASEAN selepas Filipina. – MalaysiaGazette