Tindakan kerajaan untuk menggantung pembinaan tiga projek mega melibatkan pelabur China tidak akan menjejaskan hubungan Kuala Lumpur dengan Beijing atau membawa kepada
Kedutaan China di Kuala Lumpur mengeluarkan sebuah lagu dalam Bahasa Mandarin bertajuk Bahu Kiri mengenai hubungan di antara dua negara.

PETALING JAYA – Tindakan kerajaan untuk menggantung pembinaan tiga projek mega melibatkan pelabur China tidak akan menjejaskan hubungan Kuala Lumpur dengan Beijing atau membawa kepada “perang perdagangan”  antara dua negara.

Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Sim Tze Tzin berkata, terdapat kira-kira 300 projek China di Malaysia dan kerajaan pada masa ini hanya menilai semua tiga daripadanya.

Katanya, kerajaan juga berharap kedua-dua negara akan mematuhi perjanjian perdagangan yang dipersetujui kedua-dua negara sebelum ini.

Menurutnya, Malaysia tidak berharap berlaku apa-apa bentuk “perang perdagangan” dengan China.

“Hubungan dagang kita dengan China kekal kukuh pada masa ini.

“China masih mempunyai 200 lebih projek di Malaysia dan yang menerima kesan hanya tiga sahaja. Tiga projek ini bukannya ditamatkan tatapi hanya dinilai semula,” katanya kepada Sinchew Daily.

Kementerian Kewangan sebelum ini telah mengeluarkan arahan penggantungan kerja dan perkhidmatan bagi tiga projek berbilion ringgit iaitu Saluran Paip Pelbagai Produk (MPP), Saluran Paip Gas Trans-Sabah (TSGP) dan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang dikendalikan pelabur China.

Mengenai “perang perdagangan” yang berlaku antara Amerika Syarikat dengan China, Tze Tzin berkata, keadaan itu dijangka menguntungkan Malaysia.

Beliau berkata, permintaan China terhadap produk pertanian dan makanan dari Malaysia dijangka meningkat berikutan perkembangan antarabangsa itu.

Dalam pada itu, Tze Tzin berkata, Kabinet telah bersetuju dengan lawatan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ke Beijing.

Katanya, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Kewangan, Lim Guan Eng; Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook, timbalan-timbalan menteri serta ahli-ahli Majlis Penasihat negara. – MalaysiaGazette