WASHINGTON – Amerika Syarikat mahu mengenakan tarif lagi ke atas barang-barangan import China bernilai AS$200 bilion seawal bulan September ini.

Langkah itu dibuat beberapa hari selepas Amerika Syarikat dan China, masing-masing melakukan balasan sama bagi melaksanakan tarif bernilai AS$ 34 bilion.

Presiden Donald Trump telah mengancam untuk mengenakan tarif tambahan terhadap China jika Beijing mengenakan langkah serupa.

Senarai baharu itu menyebut lebih daripada 6,000 barangan termasuk produk makanan, mineral dan barangan pengguna seperti beg tangan.

Orang ramai akan mempunyai sehingga akhir bulan Ogos untuk memberi maklum balas berhubung senarai sebelum tarif baru dikenakan pada kadar10 peratus.

White House menyatakan pelaksanaan tarif itu sebagai tindak balas terhadap amalan perdagangan tidak adil oleh China.

Amerika Syarikat mahu China menghentikan amalan yang didakwa menggalakkan pemindahan idea-idea reka bentuk dan produk intelektual kepada syarikat China, seperti keperluan firma asing yang berkongsi pemilikan dengan rakan kongsi tempatan untuk mengakses pasaran China.

Banyak syarikat di Amerika Syarikat menentang penggunaan tarif terhadap China kerana ia berisiko menjejaskan perniagaan dan ekonomi.

Selain pelaksanaan tarif bernilai AS$34 bilion yang berkuatkuasa pada hari Jumaat, White House juga berunding untuk mengenakan tarif bernilai AS$16 bilion pada produk bernilai $ 16 bilion lagi.

rump telah mencadangkan ini dapat berkuat kuasa pada akhir bulan ini.

Secara keseluruhan, cukai import barudilaksanakan oleh Presiden Donald Trump mengancam untuk mengenakan hampir sama dengan nilai keseluruhan eksport barangan China ke Amerika Syarikat, bernilai lebih daripada AS$500 bilion tahun lepas. – MalaysiaGazette