Home Seni Hidup Penantian Adam Corrie dan isteri berakhir

Penantian Adam Corrie dan isteri berakhir

KUALA LUMPUR – Selama 10 tahun menanti dikurniakan cahaya mata, isteri pelakon Adam Corrie Lee pada Rabu akhirnya melahirkan putera sulung mereka.

Menerusi Instagram miliknya semalam Adam Corrie, 50, memaklumkan isterinya sudah selamat bersalin di sebuah pusat perubatan swasta di Ampang.

“Alhamdulillah, bidadari saya sudah selamat melahirkan BabyLee tadi. Jutaan terima kasih yang mendoakan kesejahteraan kami.

“Senyum selalu, selalu bersangka baik, Insya Allah hati tenang,” tulisnya.

Rata-rata pengikut Instagram termasuk rakan artis mengucapkan tahniah dan turut meluahkan rasa terharu dengan kehadiran insan baru dalam hidup mereka.

Adam Corrie memeluk Islam pada 13 Julai 2007 dan berkahwin dengan Fazema pada 2008. – MalaysiaGazette