LONDON – British Airways membatal dan menangguhkan penerbangan di Lapangan Terbang Antarabangsa Heathrow disebabkan masalah sistem teknologi maklumat.

“Sejumlah penerbangan dibatal dan ditangguhkan selama beberapa jam di Terminal 5,” menurutnya dalam satu kenyataan.

Menurut syarikat itu, pembekal sistem itu sedang mengenal pasti punca gangguan.

British Airways pernah mengalami kegagalan sistem komputer pada Mei tahun lalu disebabkan masalah bekalan elektrik berhampiran lapangan terbang itu menyebabkan kira-kira 75,000 penumpang terkandas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast