Foto Instagram Carloshilss.
Foto Instagram Carloshilss.

KUALA LUMPUR – Pelakon Datin Rebecca Nur Al-Islam, 32, selamat melahirkan cahaya mata keempatnya, merupakan bayi lelaki di sebuah pusat perubatan terkenal di Kuala Lumpur pada pagi kelmarin.

Berita gembira ini dikongsi pengurus Rebecca atau lebih mesra disapa sebagai Becca menerusi Instagram miliknya, @carloshills.

Carlos menerusi perkongsian itu, telah memuat naik gambar Becca di bilik bersalin bersama suaminya, Datuk Nor Azam Sulaiman dan bayi yang baharu dilahirkan.

“Syukur alhamdulilah sekalung tahniah to my boss and family Datin @rebeccanuralislamahmad dan Datuk @azambecca. It’s baby boy. #1872018 selamat melahirkan jam 8.20am @gleneagleskl,” tulisnya pada kapsyen.

Rebecca dan suami mendirikan rumah tangga pada 14 Januari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Nor Anggun Raverra, 6, Nor Anggerik Renesmee, 5, Nor Aliff Al-Raffael, 2, selain seorang anak angkat, Nor Adam Daniel, 10. – MalaysiaGazette