LOS ANGELES – Penyanyi pop, Demi Lovato kini mendapat rawatan di hospital kerana disyaki mengambil dadah berlebihan.
Polis Los Angeles berkata, mereka menerima panggilan kecemasan dari kediaman Lovato, di Hollywood Hills semalam.
Lovato yang berusia 25 tahun dikatakan tidak sedarkan diri semasa dia dikejar ke hospital, lapor media.
Lovato kini menerima rawatan di Pusat Perubatan Cedars-Sinai.
Menurut pegawai kesihatan Amerika Syarikat, seramai 115 warga Amerika Syarikat mati akibat mengambil dadah secara berlebihan dan seramai 250,000 orang maut pada tahun lalu akibat kes pengambilan ubat berlebihan. – Agensi
















