Khairy Jamaluddin Abu Bakar
Khairy Jamaluddin

KUALA LUMPUR – Khairy Jamaluddin berkata, Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) yang ada sekarang adalah sebuah entiti yang berbeza berbanding semasa pemerintahan Tun Dr Mahathir Mahathir sebelum ini.

Lantaran itu, beliau berkata, ia akan memalukan jika Khazanah diuruskan oleh mana-mana pihak yang mempunyai pemikiran lama.

“Khazanah telah merekrut rakyat Malaysia yang terbaik. Ia memalukan sahaja untuk mengubah semua yang telah dibina hanya untuk menggantikannya dengan corak perniagaan tahun 1990-an.

“Ketakutan saya: GLC akan dipecahkan dan diagihkan kepada sekumpulan ahli perniagaan 1990-an yang baharu,” katanya melalui Twitter beliau.

Khairy memberi komen itu susulan pengesahan peletakan jawatan sembilan lembaga pengarah Khazanah termasuk pengerusinya, Tan Sri Md Nor Md Yusof dan Pengarah Urusannya, Tan Sri Azman Mokhtar.

Beliau menambah tidak memerajatkan mengapa Perdana Menteri belum bertemu dengan Pengarah Urusan Khazanah di pejabatnya, malah belum memanggil mesyuarat lembaga pengarah.

Meskipun akan berlaku perubahan dalam Khazanah, Khairy berharap model syarikat milik kerajaan (GLC) akan diteruskan.

“Peranan Khazanah sebagai sayap pelaburan strategik kerajaan perlu diteruskan. Ia adalah satu entiti yang berbeza.

“Khazanah telah berubah daripada sebuah entiti pegangan kepada sayap pelaburan dengan mandat membuat pelaburan dalam sektor-sektor yang memberi manfaat kepada negara,” ujarnya. – MalaysiaGazette