TOKYO – Harga minyak jatuh dalam dagangan hari ini selepas tiga hari meraih keuntungan, selepas Arab Saudi menangguhkan penghantaran minyak melalui Laut Merah.

Kejatuhan harga bahan bakar itu turut dipengaruhi oleh penyusutan inventori Amerika Syarikat dan pertikaian perdagangan antara Washington dan Eropah.

Niaga hadapan Brent jatuh sebanyak AS$0.06 kepada AS$74.48 setong selepas naik 0.8 peratus pada hari Khamis.

Manakala West Texas Intermediate juga susut kepada AS$69.55, selepas meraih hampir 0.5 peratus pada sesi sebelum ini. – MalaysiaGazette