MIna diintai Man United
Yerry Mina bersedia meninggalkan Nou Camp

ENGLAND- Manchester United telah memulakan rundingannya untuk membeli bintang pertahanan muda Barcelona, Yerry Mina.

Laporan di Sepanyol mendakwa Pengurus the Red Devils kini serius menjejaki pasaran untuk mendapatkan pemain pertahanan yang baharu.

Dalam usaha itu, Manchester United telah memulakan rundingan dengan Leicester City untuk mendapatkan Harry Maguire.

Tetapi United dikejutkan dengan tuntutan setinggi 75 juta pound oleh kelab the Foxes itu walaupun pemain itu mempunyai kontrak berbaki empat tahun lagi.

United terpaksa melupakan pemain itu dan mengalih perhatiannya ke arah Mina.

Penerokaan bakat baharu oleh manchester United berjaya membawa kepada penemuan Mina setelah agen pemain itu dihubungi semalam.

Bintang Columbia itu bersedia menerima tawaran daripada Everton.

Tetapi Manchester United meluahkan minat ke atas pemain itu sehingga meminta pemain itu melewatkan keputusannya terhadap tawaran Everton.

Mina didakwa pilihan kedua untuk mengisi bek tengah pertahanan skuad Jose Mourinho itu di Old Trafford.

Manchester United difahamkan akan meletakkan bidaan sekitar 35.6 juta pound kepada Barcelona sekiranya mereka gagal dalam merekrut Maguire.

Laporan sama mendakwa bahawa United memujuk Barcelona untuk membuka meja rundingan membincangkan pembelian pemain berbakat besar itu.

Mina hanya menyertai Barcelona untuk 10.5 juta pound pada Januari lalu dan melakukan hanya enam penampilan untuk juara Sepanyol itu.

Pemain berusia 23 tahun itu menyerlah pada Piala Dunia Rusia sejak 13 Jun lepas dan mempertimbangkan peluang baharu bersama kelab baharu.

Awal Julai ini Mina mengakui dia tidak gembira bersama Barcelona dan bercadang untuk mengintaipeluang beraksi lebih kerap.-Malaysiagazette