Gambar hiasan sebuah kilang di China
Gambar hiasan sebuah kilang di China

BEIJING- Sektor pengilangan China berkembang pada kadar paling perlahan dalam tempoh lapan bulan apabila tempahan eksport Julai jatuh sekali lagi.

Ia sekaligus menjadi petunjuk kepada masa hadapan suram ekonomi dan perniagaan ditambah dengan pertikaian perdagangan di antara negara berkenaan dan Amerika Syarikat yang semakin tegang.

Kaji selidik swasta, Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Caixin/Markit jatuh kepada 50.8 pada Julai berbanding 51.0 bulan sebelumnya.

Walaupun ia kekal di atas paras 50 mata yang menjadi pemisah di antara pertumbuhan dan kemelesetan bagi tempoh 14 bulan berturut-turut, sub-indeks bagi output dan tempahan baharu menunjukkan pertumbuhan perlahan bulan lepas.

Ini menyebabkan syarikat-syarikat terus mengurangkan kakitangan walaupun penurunan dalam inventori berpotensi untuk menunjukkan tanda-tanda positif.

Apa yang lebih membimbangkan pengilang adalah bacaan tempahan eksport baharu yang menunjukkan penguncupan 48.4 mata buat kali keempat berturut-turut dan merupakan penurunan terburuk sejak Jun 2016.- MalaysiaGazette