Scomi
Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Group, Shah Hakim Zain

KUALA LUMPUR- Shah Hakim Zain @ Shahzanmin Zain meletakkan jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Scomi Group Bhd.

Menurut satu kenyataan yang dikeluarkan oleh syarikat perkhidmatan minyak dan gas itu, Shah Hakim, 53, meletakkan jawatan bagi memberi fokus kepada komitmen perniagaan yang lain.

Shah Hakim yang memulakan karier sebagai auditor di Ernst & Young memiliki kepentingan langsung sebanyak 1.865 juta saham atau 0.17 peratus dan 88.72 juta saham atau 8.11 peratus di dalam Scomi.

Beliau juga ketika ini adalah ahli lembaga pengarah Scomi Energy Services Bhd.

Dalam satu kenyataan lain, Scomi Group berkata, syarikat telah melantik Tse Kwok Fai, 55, sebagai CEO yang baharu.-MalaysiaGazette