Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun mengetuai operasi judi haram di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Muhammad Fuzi Harun mengetuai operasi judi haram di Kuala Lumpur baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Kegagalan memerangi kegiatan judi haram ialah punca Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad ditukar 24 jam ke daerah lain.

Turut terlibat dalam pertukaran serta merta itu dalam isu berkenaan ialah beberapa pegawai kanan lain dari ibu pejabat polis yang sama.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun  mengesahkan tindakan itu dan berkata, ia sebagai memberi pengajaran tegas kepada ketua-ketua polis di seluruh negara yang gagal melaksanakan arahannya.

“Beliau (Ali Ahmad) tidak terlibat dalam kegiatan judi tetapi isunya beliau gagal mengambil tindakan membanteras kegiatan itu di kawasan Gombak.

“Saya beberapa kali sebelum ini sudah menegaskan, mereka untuk bertindak serius membanteras kegiatan judi tetapi mereka dilihat tidak mengambil serius arahan saya,” katanya dalam sidang media di Maktab Polis Diraja Malaysia Kuala Lumpur di Cheras hari ini.

Beliau terdahulu hadir ke Seminar PDRM Mendepani Cabaran Dalam Kepolisan Moden dengan kerjasama Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) dengan dihadiri pengerusinya Tan Sri Razali Ismail.

Tambah Mohamad Fuzi, beliau juga akan mengadakan perjumpaan khas dengan 157 ketua polis daerah dari seluruh negara Isnin ini untuk membincangkan beberapa isu termasuk aktiviti judi haram.

Ditanya sama ada ia satu tindakan sebagai pengajaran untuk semua pegawai kanan di kawasan lain, beliau mengharapkan akan berlaku perubahan itu.

“Saya berharap semua ia menjadi pengajaran untuk semua pegawai yang lain supaya mengambi serius dan melaksanakan setiap arahan dengan lebih bertanggungjawab,” tegasnya lagi. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast