Datuk Moehamad Izat Emir.

KUALA LUMPUR – Persatuan Pedagang ASEAN sebulat suara menyokong penuh perlantikan Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai Pengerusi Lembaga Pengarah Khazanah Nasional Berhad yang baharu.

Presidennya, Datuk Moehamad Izat Emir percaya pelantikan Perdana Menteri akan memperbaiki segala kesilapan, kelemahan dan kekurangan Khazanah dan mengembalikan prestasinya sejajar dengan objektif penubuhan asal syarikat milik kerajaan (GLC) itu.

Beliau yakin Mahathir akan menangani semua aspek ketirisan dan proses yang lebih teratur dan adil supaya tiada pilih kasih dan kepentingan diri oleh mana-mana pihak yang diberi tanggungjawab memimpin GLC.

“Dengan ini ia akan menjayakan industri-industri dalam negeri untuk lebih maju dan bergerak pantas,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Persatuan Pedagang ASEAN ialah sebuah platform NGO dan perniagaan yang mempromosikan pertumbuhan dagangan ASEAN dengan blok-blok dagangan antarabangsa. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast