Cristiano Ronaldo
Cristiano Ronaldo

TURIN – Bintang sensasi dunia, Cristiano Ronaldo menimbulkan pertanyaan apabila dia tiba-tiba memutuskan untuk tidak mengikuti Instagram bekas kelabnya, Real Madrid.

Tindakan Ronaldo yang kini mula menerima kehidupan baharunya di sini selepas menyertai Juventus mengejutkan ramai pengikutnya di laman sosial itu.

Ini kerana bintang Portugal itu gemar memaklumkan aktiviti hariannya di Instagram miliknya.

Namun selepas sembilan tahun bersama Real, Ronaldo ibarat mahu berpisah terus dengan kelab gergasi Sepanyol itu.

Namun, dia masih lagi mengikuti bekas rakan pasukannya di Santiago Bernabeu selain bekas jurulatih Carlo Ancelotti dan Zinedine Zidane.

Malah Ronaldo juga dilihat mula mengikuti rakan baharunya di Instagram.

Ronaldo menjadi antara pemain termahal sepanjang zaman dibeli Juventus dengan perjanjian bernilai 99.2 juta pound sterling.

Pemain berusia 33 tahun itu menandatangani kontrak selama empat tahun bersama juara Itali itu. – MalaysiaGazette