KUALA LUMPUR – Sebelum ini menjadi spekulasi DAP pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong akan mempertaruhkan wartawan penyiaran jelita, Tan Yunn Chzuan atau Yunna Tan.

Menamatkan teka-teki, Yunna memgesahkan menjadi calon selepas didekati oleh pemimpin parti itu.

Namun parti sehingga kini masih belum membuat keputusan ekoran terdapat lebih kurang 5 hingga 6 lagi calon yang dipertimbangkan.

“Benar bahawa saya didekati oleh pemimpin DAP untuk mempertimbangkan bagi menjadi calon.

“Saya telah difahamkan bahawa terdapat 5-6 nama yang telah diserahkan kepada awatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP untuk dipertimbangkan. Setahu saya setakat ini tidak ada apa-apa keputusan yang dibuat,” katanya menerusi posting Facebook baru-baru ini.

Selain menyatakan minatnya menjadi calon, Yunna juga bersedia memberi sepenuh komitment jika dipilih berdasarkan pengalaman bertugas sebagai pemberita sebelum ini.

“Oleh kerana saya sudah menjadi wartawan penyiaran selama lebih sembilan tahun dan secara langsung berpengalaman dalam kebebasan media termsuk perubahan politik dalam negara kita.

“Saya seterusnya ingin memainkan peranan saya secara langsung dan tidak membantu membina Malaysia baharu,” tambahnya.

Tan, seorang wartawan di Astro AEC yang berusia 33 tahun.

PRK DUN Balakong akan berlangsung pada 8 September ekoran kematian penyandangnya Ng Tien Chee akibat kemalangan jalan raya di Lebuhraya Grand Saga pada 20 Julai lalu. -MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast