Pada 9.18 pagi, ringgit berada pada 4.0800/0850 berbanding dolar AS daripada 4.0770/0820 Isnin.
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Ia mengukuh berbanding dolar Singapura kepada 2.9811/9859 daripada 2.9840/9887 Isnin dan mengukuh berbanding pound British pada 5.2803/2888 daripada 5.2854/5935.
Ringgit susut berbanding euro kepada 4.7165/7239 daripada 4.7134/7208 dan turun berbanding yen kepada 3.6654/6709 daripada 3.6631/6679. – BERNAMA