Arab Saudi
Arab Saudi menghentikan semua program rawatan kesihatan di Kanada sebagai bantahan kepada permintaan Ottawa yang mahukan aktivis kemasyarakatan dibebaskan.

KAHERAH- Kerajaan Arab Saudi menghentikan semua program rawatan kesihatan di Kanada dan sedang menguruskan perpindahan semua pesakit negaranya dari hospital Kanada ke hospital luar.

Demikian laporan agensi berita Saudi yang memetik Atase Kesihatan Saudi di Amerika Syarikat dan Kanada, Dr. Fahd. bin Ibrahim Al Tamimi.

Arab Saudi membekukan semua perdagangan dan pelaburan baharu dengan Kanada dan menghantar pulang duta Kanada awal Isnin lalu.

Ini sebahagian daripada tindak balas negara berkenaan selepas Ottawa mendesak kerajaan Arab Saudi membebaskan aktivis kemasyarakatan, Samar Badawi.-Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast