JEDDAH- Pihak berkuasa keselamatan Arab Saudi memperhebatkan pengawasan keluar masuk ke Makkah dan sekitar tanah suci.
Pasukan khas keselamatan jalan raya diwujudkan akan membendung sebarang percubaan pleh mana-mana warga negara dan penduduk tempatan yang tidak memiliki permit Haji atau kebenaran masuk lain untuk memasuki kawasan suci.
Langkah itu dibuat menjelang musim haji.
Kawalan ketat dilakukan di seluruh jalan raya, laluan gunung, arah menuju Makkah sejak larangan masuk berkuatkuasa pada waktu malam pada hari Selasa.
“Pasukan kami akan berurusan dengan mana-mana individu yang tidak dibenarkan memasuki Makkah,” kata Panglima Jeneral Zayed Al-Tuwaiyan, Komander Pasukan Khas untuk keselamatan jalan raya.
Menurut Al-Tuwaiyan, seramai 188,464 orang yang cuba memasuki kota suci tanpa permit telah dibawa keluar.
Manakala sebanyak 83,764 kenderaan ditahan, juga tanpa permit yang sah.
Semua pengawal kini boleh mengenal pasti permit sah Haji menerusi alat peranti kod.
Katanya, mana-mana ekspatriat yang cuba menyeludup masuk ke kota suci tanpa kelulusan akan dihantar pulang dan diharamkan memasuki Arab Saudi selama 10 tahun. – MalaysiaGazette
















