Kelapa sawit
Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR- Affin Hwang Capital Research mengunjurkan pengeluaran minyak sawit mentah (CPO) bertambah baik pada separuh kedua 2018 namun pertumbuhan berkenaan berlaku pada kadar yang lebih perlahan.

Menurut firma penyelidikan tersebut, anggaran harga CPO bagi 2018-2020 adalah sekitar RM2,350-RM2,500 satu tan metrik berbanding RM2,500-RM2,600 satu metrik sebelum ini.

Jelasnya, penyusutan harga CPO sejak akhir tahun 2017 memberikan kesan negattif kepada pekebun sawit namun harga dijangka pulih tidak lama lagi disokong oleh permintaan tinggi untuk produk minyak sawit dalam industri pemakanan dan tenaga di samping progres dalam sektor biodiesel di seluruh dunia serta ramalan fenomena El Nina yang dijangka akan kembali.

Dengan itu, Affin Hwang membuat perubahan terhadap sasaran harga dan perolehan beberapa syarikat dengan menurukan penarafan IJM Plantation dan Hap Seng Plantation kepada Jual manakala FGV kepada Pegang.

Firma itu bagaimanapun mengekalkan penarafan Nuetral kepada Genting Plantation.-MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast