MIRI – Polis menahan sembilan suspek kes perjudian dalam talian dalam serbuan di sebuah rumah kedai di kawasan Marina di sini, kira-kira jalam 11.45 malam tadi.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (CID) Sarawak, SAC Denis Leong Soon Kuai berkata, suspek yang ditahan pasukan CID Miri itu adalah pengurus dan lapan pekerja berumur antara 20-an dan 30-an.
“Suspek akan direman untuk membantu siasatan di bawah Akta Rumah Perjudian Terbuka 1953,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, dalam serbuan itu polis turut merampas pelbagai alat elektronik termasuk 18 set komputer. – MalaysiaGazette