AMSTERDAM – Seorang lelaki ditahan selepas melemparkan cat dan bom Molotov di Konsulat Turki di Amsterdam pada malam Sabtu.
Kejadian itu menyebabkan kebakaran kecil di bahagian depan taman, menurut media NOS.
Bagaimanapun tidak sesiapa yang cedera dalam insiden tersebut.
NOS yang memetik KonsulTurki, Tolga Orkun sebagai berkata, lelaki itu adalah seorang Belanda berusia 34 tahun.
Namun, motif tindakannya itu masih belum didedah tetapi suspek telah ditangkap sejurus selepas kejadian yang berlaku pada petang Sabtu.
Orkun berkata, lelaki itu melemparkan tiga alat peranti buatan sendiri di konsulat dan rakaman keselamatan itu menunjukkan dua alat peranti gagal dihidupkan.
Tetapi alat peranti ketiga telah mengakibatkan kebakaran di taman. – MalaysiaGazette