Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Chong Chieng Jen diiringi Pengasas dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Syarikat KK Super Mart, Datuk Seri Dr. KK Chai (kiri) melihat pelbagai jenis barangan di dalam KK Super MArt selepas Majlis Pelancaran eWallet KK Super Mart dan Touch n Go di KK Super Mart, Terminal Bersepadu Selatan, Bandar Tasik Selatan, Kuala Lumpur. foto AFFAN FAUZI, 15 Ogos 2018

KUALA LUMPUR – Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Chong Chieng Jen mengaku pelaksanaan Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) awal Septemer nanti akan mengakibatkan peningkatan harga barang. 

Namun beliau menyangkal dakwaan bahawa kos sara hidup akan meningkat kerana beliau yakin kesan kenaikan harga barang tidak akan sama seperti Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST). 

“Kesan SST terhadap pengguna tidak akan seburuk sebagai kesan GST yang dulu. Itu yang saya boleh cakap untuk masa ini,” katanya. 

Tambahnya selain faktor hanya barangan tertentu sahaja dikenakan cukai itu dalam masa yang sama SST, kata Chong, tidak berkonsepkan cukai berlapis seperti GST yang melibatkan pengilang, pemborong, peruncit dan akhirnya pengguna. 

“Ada dua faktor kerana kebanyakan di bawah GST kebanyakan barang adalah dikenakan GST tetapi SST hanya lebih 60 lebih barang yang dikenakan.

“ Ia (SST) bukan berlapis-lapis macam GST di mana pengilang kena, pemborong kena, peruncit kena dan akhirnya pengguna kena,” katanya lagi. -MalaysiaGazette