Gambar hiasan. Foto Reuters

SINGAPURA – Harga minyak dunia susut berikutan peningkatan inventori minyak mentah Ameirka Syarikat dan tinjauan penyusutan dalam permintaan bahan bakar.

Niaga hadapan Brent susut AS$0.32 kepada AS$72.14 setong dan West Texas Intermediate jatuh AS$0.34 kepada AS$66.70 setong.

Stok minyak mentah Amerika Syarikat naik sebanyak 3.7 juta tong pada minggu berakhir 10 Ogos lalu kepada 410.8 juta tong, menurut Institut Petroleum Amerika (API).

Stok minyak mentah di Cushing, Oklahoma, hab penghantaran juga naik sebanyak 1.6 juta tong.

“Harga minyak jatuh selepas data inventori API menunjukkan lonjakan bekalan minyak mentah minggu lalu,” kata William O’Loughlin dari Rivkin Securities.

Para pedagang berkata, harga itu turut disokong oleh tinjauan ekonomi yang kelam telah memberi kesan kepada permintaan minyak. – MalaysiaGazette