Datuk Mahfuz Omar
Datuk Mahfuz Omar
KUALA LUMPUR –  Kerajaan sedang meneliti penggajian berkaitan tukang masak dari kalangan warga tempatan di negara ini.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Mahfuz Omar berkata, Kerajaan Pakatan Harapan dari segi prinsipnya tidak mempunyai masalah berkaitan kaum untuk pengambilan tukang masak warga tempatan di restoran.
“Tapi sebarang keputusan muktamad berkaitan isu isu berkaitan pengambilan tukang masak hanya akan dibuat selepas satu kajian yang sedang dilaksanakan ketika ini.
“Kajian itu sedang dibuat oleh sebuah organisasi Ilmiah yang akan selesai pada Oktober nanti dalam hal mengurangkan penggajian tukang masak daripada luar negara,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan ahli Parlimen BN Tapah, Datuk Seri M. Saravanan yang meminta Menteri Tenaga Manusia menyatakan mengenai sebarang kajian menyeluruh dibuat sebelum menetapkan garis panduan bagi semua ukang masak tanpa mengira kaum selain direalisasikan memandangkan terdaoat kekangan dalam sektor masakan tradisional.
Sebagai menjawab soalan itu, ahli Parlimen PH Pokok Sena itu juga berkata, kerajaan juga meeruskan agenda latihan di industri latihan tempatan dalam bidang kulinari bagi memastikan penglibatan warga tempatan khususnya anak muda yang ramai.
“Kerajaan juga berharap restoran tempatan mengambil tukang masak dalam kalangan yang keluar dari pusat latihan dengan sijil bertauliah.
“Hari ini bidang masakan orang tidak pandang lekeh, ia mempunyai glamour tertentu dan kehebatan tertentu.
“Penampilan tokoh-tokoh tempatan dalam bidang tukang masak kita bersinar di arena antarabangsa antara faktor yang menarik minat anak anak muda untuk terlibat dalam bidang masakan itu,” tegasnya. – MalaysiaGazette