Cristiano Ronaldo dan Sergio Ramos ketika bersama Real Madrid.

LONDON – Sergio Ramos berang dengan Cristiano Ronaldo apabila bekas rakan pasukannya itu menganggap skuad Juventus lebih bersifat ’keluarga’ berbanding Real Madrid.

Kapten Real itu menegaskan, pemain Real Madrid begitu akrab antara satu sama lain.

“Kami seperti sebuah keluarga di sini dan saya tidak faham apa maksud Ronaldo itu.

“Kami meraih banyak kejayaan kerana kami adalah sebuah keluarga dan dia juga pernah menjadi sebahagian daripada keluarga ini.

“Ia amat negatif apabila anda kehilangan pemain seperti Cristiano Ronaldo tetapi kami berusaha untuk terus menang dan melakar sejarah Real akan datang,” katanya.

Ronaldo memuktamadkan perpindahan bernilai 99.2 juta pound sterling ke kelab gergasi Itali itu pada jendela perpindahan pemain yang ditutup Khamis lalu.

Namun pemain kebangsaan Portugal itu mengkritik bekas kelabnya apabila ditanya mengenai keputusannya untuk meninggalkan Santiago Bernabeu.

“Ia adalah kelab besar di Itali dan salah sebuah kelab hebat di dunia, jadi ia keputusan mudah. Ia amat berbeza di sini, ia seperti keluarga,” kata Ronaldo. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast