Legenda Brazil, Ronaldo.

LONDON – Selepas menerima rawatan selama beberapa hari di hospital akibat penyakit radang paru-paru (pneumonia), legenda Brazil, Ronaldo dibenarkan pulang ke rumah semalam.

Bekas pemain Real Madrid itu dikejarkan ke Hospital Can Misses pada petang Jumaat lalu ketika bercuti musim panas di pulau tersebut.

Dia yang memuat naik gambarnya di Twitter yang mengesahkan dia kini semakin pulih.

Menerusi gambar itu, Ronaldo mengucapkan terima kasih kepada kakitangan hospital dan orang ramai yang mendoakan kesihatannya.

Ronaldo diangkat sebagai pemain terhebat dunia dan memecah rekod perpindahan pemain dua kali sebelum dia berusia 21 tahun.

Dia menjaringkan 15 gol pada aksi Piala Dunia dan memenangi trofi berprestij itu sebanyak dua kali.

Ronaldo turut merangkul anugerah Ballon d’Or sebanyak dua kali masing-masing pada 1997 dan 2002.

Sebelum bersara pada 2011, Ronaldo pernah memperkuat PSV Eindhoven, Barcelona, Inter dan AC MIlan, Corinthians, Cruzeiro dan Real Madrid. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast