KUALA LUMPUR – Bank Negara Malaysia dan People’s Bank of China telah memeterai perjanjian bagi memperbaharui pengaturan pertukaran mata wang dua hala bernilai RMB180 bilion/RM110 bilion bagi tempoh tiga tahun lagi.

Perjanjian pengaturan ini mula dibentuk pada tahun 2009 dan diperbaharui pada tahun 2012 dan 2015.

Bank Pusat itu berkata, pembaharuan pengaturan ini menunjukkan komitmen berterusan dalam usaha menggalakkan penggunaan mata wang tempatan untuk penyelesaian perdagangan dua hala dan pelaburan langsung antara Malaysia dengan China. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast