Djokovic pemain ke10 rangking dunia
Novak Djokovic berjaya mara ke suku akhir Tenis Terbuka AS semalam.

CINCINNATI – Bekas pemainnombor satu dunia, Novak Djokovic muncul sebagai pemain pertama yang menang kesemua sembilan Masters dalam 1,000 perlawanan dengan menewaskan Roger Federer pada Cincinnati Masters.

Pemain tenis berusia 31 tahun dari Serbia itu menundukkan pemenang tujuh kali Federer 6-4 6-4.

Djokovic yang merupakan juara Wimbledon Jokovic kalah dalam tiga kejohanan sama kepada Federer sebelum ini.

Djokokic sekadar menang tempat kedua dalam lima edisi sebelum ini.

“Inilah saat yang sangat istimewa. Saya berdiri dengan piala kemenangan di Cincinnati buat pertama kali di sini,” katanya.

Hasrat Federer untuk merangkul kemenangan ke-99 dalam kariernya tidak kesampaian.

Djokovic dijangka membawa rentak kemenangan itu ke Terbuka Amerika Syarikat yang akan membuka tirai 27 Ogos ini.

Federer dilihat berada dalam keadaan tertekan sejak awal permainan lagi.

Djokovic yang menduduki rangking ke-10 dunia berjaya menewaskan lawannya dalam set pertama namun Federer memulakan set kedua dengan mendahului pencabarnya 2-0 sebelum Djokivic bangkit mengikat kedudukan 2-2.

Federer berkata: “Pencapaiannya sangat luar biasa dan saya gembira dengan prestasinya,”.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast