Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Penunjuk Ekonomi Malaysia: Indeks Pelopor, Serentak & Susulan bagi Jun 2018 menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding bulan sebelumnya.

Walau bagaimanapun, trend semasa yang sederhana menjangkakan ekonomi akan terus berkembang dengan kadar perlahan bagi tempoh Oktober hingga Disember 2018, menurut Jabatan Perangkaan.

Perubahan bulanan Indeks Pelopor (IP) merekodkan peningkatan sebanyak 0.5 peratus kepada 118.4 mata daripada 117.8 mata pada Mei 2018.

Import benar logam asas berharga & logam bukan feruslain (0.6%), bilangan syarikat baru didaftar (0.5%) dan jangkaan nilai jualan di sektor pembuatan (0.4%) merupakan penyumbang terhadap pertumbuhan IP pada bulan rujukan.

Perubahan tahunan IP meningkat 0.3 pada Jun 2018 berbanding negatif 0.7 peratus pada bulan lepas.

Menurutnya, IP disusun untuk memberikan hala tuju ekonomi bagi empat hingga enam bulan ke hadapan.

Indeks Serentak (IS) yang menunjukkan prestasi ekonomi semasa, meningkat 1.2 peratus pada Jun 2018.

Dua komponen utama IS yang menyumbang kepada peningkatan adalah indeks kuantiti perdagangan runcit (0.9%) dan nilai caruman benar kepada KWSP (0.2%).

Perubahan tahunan IS meningkat 3.1 peratus pada bulan rujukan.

Indeks Difusi bagi IP mencecah 42.9 peratus, lebih baik berbanding 14.3 peratus yang direkodkan pada bulan sebelumnya manakala indeks difusi bagi IS kekal pada 66.7 peratus sejak bulan pertama tahun 2018. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast