Donald Trump dan Kim Jong-Un berjabat tangan sebaik sahaja tiba di lokasi sidang kemuncak di Singapura bagi mengakhiri program nuklear di semenanjung Korea.
Donald Trump (kanan) dan Kim Jong-Un berjabat tangan sebaik sahaja tiba di lokasi sidang kemuncak di Singapura bagi mengakhiri program nuklear di semenanjung Korea di Singapura, Jun tahun lalu. foto Agensi

WASHINGTON – Presiden Donold Trump kemungkinan besar akan bertemu semula dengan Kim Jong-Un, untuk meyakinkan Pyongyang supaya melepaskan senjata nuklearnya.

Trump percaya Korea Utara telah mengambil langkah khusus menghentikan program senjata nuklear, walaupun keraguan besar tentang kesediaan Jong-un untuk berbuat demikian.

Kenyataan itu diberikan semasa wawancara bersama Reuters.

Jong-un dan Trump telah mengadakan pertemuan bersejarah pada 12 Jun lalu di Singapura.

Sambil menegaskan bahawa “banyak perkara yang baik sedang berlaku” dengan Korea Utara, Trump berkata, China tidak banyak membantu berbanding sebelumnya ekoran pertikaian perdagangan dengan Amerika Syarikat.

Trump, yang berhadapan dengan cabaran Korea Utara sebaik sahaja mengambil alih jawatan Presiden Amerika Syarikat pada Januari 2017, berkata, beliau bekerja dalam tempoh tiga bulan untuk menangani isu Korea Utara berbanding pendahulunya selama 30 tahun.

Jong-un pada dasarnya bersetuju untuk meghentikan program nuklear di Semenanjung Korea tetapi tidak memberi petunjuk sanggup melepaskan senjatanya secara unilateral ketika pentadbiran Trump masih menuntut negara tersebut berbuat demikian.

Kumpulan pemikir, 38 North bulan lalu melaporkan tentang imej satelit yang menunjukkan Korea Utara telah memulakan merombak kemudahan utama di sebuah tapak pembangunan enjin peluru berpandu balistik.

Setiausaha Negara, Mike Pompeo pula memberitahu sidang jawatankuasa Senat bahawa Korea Utara terus menghasilkan bahan bakar untuk bom nuklear.

Manakala seorang pegawai Amerika Syarikat mendakwa satelit pengintip mengesan aktiviti diperbaharui di kilang peluru berpandu yang mampu mencapai Amerika Syarikat. – MalaysiaGazette