Calon Pakatan Harapan (PH) N.32 Dun Seri Setia, Halimey Abu Bakar memotong daging lembu untuk diagihkan kepada orang ramai sempena ibadah korban pada Hari Raya Aidiladha hari ini di Surau Al-Mustaqim, Mentari Court, Petaling Jaya, Selangor. foto AFIQ RAZALI, 22 OGOS 2018.

PETALING JAYA – Calon Pakatan Harapan untuk kerusi DUN Seri Setia Halimey Abu Bakar yakin akan dapat meraih undi Melayu berbanding seterunya pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini.

Katanya, kaum itu sudah bijak menilai kelebihan yang akan diraih oleh mereka sekiranya memilih beliau memandangkan Selangor ditadbir oleh parti yang menerajui Kerajaan Persekutuan.

“Apa yang kita lihat di kawasan bandar, pengundi Melayu sudah tahu sokongan mereka mahu kepada siapa.

“Mereka yakin kerajaan yang ada,kerajaan yang terbaik, jika mereka pilih lebih mudah urusan baik di negeri dan di Persekutuan. Insyallah saya yakin sokongan pengundi Melayu,” katanya kepada pemberita ketika sidang media.

Terdahulu beliau hadir ke Projek Perumahan Rakyat (PPR)Lembah Subang menghadiri majlis sambutan Aidiladha.

DUN Seri Setia mempunyai pengundi Melayu majoriti iaitu 55 peratus, Cina 20 peratus, India 24 peratus manakala lain-lain pula hanya 2 peratus.

DUN itu pada 8 September nanti menyaksikan pertembungan dua penjuru daripada Pakatan Harapan dan Pas. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast