KUALA LUMPUR – Bursa Malaysia menyongsang kenaikan semalam untuk dibuka lebih rendah pagi ini berikutan sentimen pasaran lemah membendung selera pelabur untuk mengambil risiko, kata peniaga.
Pada 9.06 pagi, penanda aras FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 5.78 mata pada 1,805.09 daripada 1,810.87 penutup Khamis.
Indeks itu dibuka 4.52 mata lebih rendah pada 1,806.35.
Kaunter rugi mengatasi untung sebanyak 118 berbanding 112 dengan 157 tidak berubah manakala 1,503 tidak didagangkan dan 34 yang lain digantung.
Sejumlah 95.21 juta saham bertukar tangan bernilai RM47.40 juta. – MalaysiaGazette