LOS ANGELES, AMERIKA SYARIKAT – George Clooney diumumkan aktor paling tinggi menerima bayaran di Hollywood sepanjang 2018 oleh majalah Forbes.
Laporan majalah People menyebut, pemenang Anugerah Akademi itu menerima bayaran sebanyak AS$239 juta (RM956 juta) termasuk hasil penjualan syarikat Casamigos Tequila pada 2017.
George dilaporkan menjual syarikat tersebut dengan harga AS$1 bilion (RM4 bilion) yang turut dikongsi bersama dua orang rakannya iaitu Rande Gerber dan Mike Meldman.
“Kami pada awalnya tidak pernah berhasrat untuk membuka syarikat ini namun ia sekadar bagi membolehkan kami sendiri yang minum alkohol itu.
“Tetapi selepas empat tahun kami ditawarkan satu bilion dolar untuk menjual syarikat itu!,” katanya.
Sementara itu, aktor dan bekas ahli gusti, Dwayne ‘The Rock’ Johnson berada di kedudukan kedua sebagai artis paling tinggi bayaran di Hollywood. – MalaysiaGazette