Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1080/1110 berbanding dolar AS berbanding 4.1030/1070 penutup semalam.

Peniaga berkata, pelabur akan memantau ucapan Powell sama ada kadar faedah akan dinaikkan September ini.

“Pelabur memerhati situasi ini berikutan terdapat kemungkinan besar Rizab Persekutuan akan menaikkan kadar faedah pada mesyuarat bulan depan selepas dua kenaikan sebelum ini pada Mac dan Jun,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan mengukuh berbanding mata wang utama lain.

Ringgit menokok berbanding dolar Singapura kepada 2.9907/9935 daripada 2.9942/9974 Khamis dan mengukuh berbanding yen kepada 3.6860/6890 daripada 3.6994/7037.

Ringgit menokok berbanding pound British kepada 5.2603/2658 daripada 5.2765/2824 dan mengukuh sedikit berbanding euro pada 4.7423/7466 daripada 4.7431/7489. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast