Jose Mourinho dan Ed Woodward tidak bertelagah.

LONDON – Pengurus Manchester United, Jose Mourinho menjelaskan hubungan beliau dan Naib Pengerusi Eksekutif kelab itu, Ed Woodward berjalan baik setakat ini, lapor BBC Sport.

BBC Sports melaporkan, pada sidang media itu semalam,  Mourinho tiba 30 minit lebih awal namun hanya meluangkan masa lapan minit bersama media.

“Sudah tentu hubungan kami adalah baik. Kami langsung tidak mempunyai masalah,” ujar Mourinho ringkas.

United berdepan jendela perpindahan musim panas yang sukar setelah Mourinho gagal mendapatkan pemain pertahanan tengah yang dimintanya.

Pengurus dari Portugal itu juga dikatakan mahukan seorang pemain tengah menyerang namun akhirnya terpaksa berpuas hati dengan tiga pemain iaitu Fred, Diago Dalaot dan Lee Grant.

Hubungan pengurus itu juga dikatakan tegang dengan Anthony Martial manakala Paul Pogba membayangkan kekecewaan beliau selepas kemenangan ke atas Leicester.

United terus dibelanggu masalah apabila pasukan itu dikejutkan dengan kekalahan kepada Brighton 2-3 pada minggu lalu

Selepas kekalahan kepada Brighton, Pogba mengakui Manchester United tidak memperagakan sikap dan mentaliti yang sepatutnya, dan beliau juga wajar dipersalahkan seperti mana yang lain. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast