Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong menunjukkan laporan polis mengenai sabotaj ke atas aktiviti vandalism terhadap bunting MCA sempena Pilihan Raya Kecil N. 47 Balakong di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 OGOS 2018

KAJANG – “Minta maaf? Tunggulah siasatan polis dulu sehingga kebenaran terungkai”.

Itu reaksi calon MCA, Tan Chee Teong ketika disoal mengenai tuntutan maaf dari DAP dalam masa 24 jam bagi mengelak tindakan undang-undang terhadapnya dalam soal sabotaj banting kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Balakong baru-baru ini.

Calon PRK Balakong berusia 40 tahun itu akhirnya tampil ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang sekitar pukul 3.30 petang dan membuat laporan polis mengenai insiden banting milik parti itu yang digunakan untuk berkempen didakwa disabotaj oleh pihak tidak dikenali.

Bercakap kemudian kepada pemberita di pekarangan Ibupejabat Polis Daerah Kajang, Chee Teong berkata, laporan itu sebagai menggesa polis menyiasat pihak dan dalang yang melakukan perbuatan jenayah itu pada Sabtu lalu.

MGF27082018_CALON MCA LAPORAN POLIS04
Calon MCA N.27 Balakong, Tan Chee Teong bercakap kepada media selepas membuat laporan polis mengenai sabotaj ke atas aktiviti vandalism terhadap bunting MCA sempena Pilihan Raya Kecil N. 47 Balakong di Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang, Selangor. foto AFFAN FAUZI, 27 OGOS 2018

Chee Teong turut ditanya mengenai tuntutan maaf dalam tempoh 24 jam oleh DAP daripada MCA berkenaan dakwaan yang dilemparkan terhadap mereka sebelum ini.

Kata Chee Teong, apa yang penting dalam perkara berkenaan ialah pihaknya menaruh kepercayaan ke atas siasatan polis yang merupakan badan bebas dan profesional bertanggungjawab menyiasat insiden itu.

Chee Teong dalam laporan itu menegaskan, kejadian vandalisme terhadap kira-kira 100 poster  MCA yang disiapkan untuk kempen PRK Balakong bertempat di penempatan Kwan Tung Baru, Sungai Chua.

“Poster-poster itu telah dipasang ahli-ahli jentera MCA pada Rabu dan Khamis iaitu 22 dan 23 Ogos 2018. Akan tetapi ia didapati pada malam 23 Ogos ia telah diturunkan dan dibuang merata-rata di atas jalan raya oleh pihak tidak bertanggungjawab.

“Saya membuat laporan ini agar siasatan dan tindakan lanjut diambil oleh pihak berkuasa polis sebagai mengelak budaya itu berulang lagi,” katanya.

Tengahari tadi, DAP mendesak MCA dan calonnya meminta maaf dalam tempoh 24 jam atau berdepan tindakan atas penaburan fitnah mengaitkan insiden banting dengan parti memerintah itu

DAP membidas Chee Teong kononnya melemparkan fitnah tidak berasas tanpa bukti dalam sidang media yang disiarkan langsung dalam Facebook peribadinya pada 25 Ogos lalu.

Rentetan itu, calon PH, Wong Siew Ki bersama beberapa pemimpin lain PH telah membuat satu laporan polis berhubung perkara ini semalam. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast